~~Utamakanlah pandangan Allah daripada pandangan manusia~~

Wednesday, February 2, 2011

Dari sahabat untuk sahabat

Apabila bersahabat, diri sendiri dan sahabat harus mempunyai tanggungjawab dan punya harapannya sendiri. Antaranya ialah :- 

1. Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik.
Pastikan kita dan sahabat saling boleh menerima gurauan.
Oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku. 
2. Jangan terlalu celupar atau mengkritik,
kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul.
3. Jangan terlalu mengambil tahu hal peribadi orang terdekat
dengan sahabat seperti tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya.
4. Perkara sensitif seperti gaji,
kenaikan pangkat dan hutangnya usah ditanya.
5. Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi
seperti rumahtangga atau hubungan suami isteri sahabat.
6. Terima kekurangan dan keburukan sahabat seadanya.
Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik.
7. Jangan membuat muka belagak dan sombong,
atau menghentak-hentakkan kaki dan barang apabila kita
membuat kesalahan supaya kesalahan itu dapat menutup kesalahan kita.
8. Bijak menyesuaikan tutur kata dengan emosi sahabat.
Jangan cakap mengikut sedap mulut
tanpa memikir kesannya kepada sahabat.
9. Berita baik atau berita sedih sahabat,
biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya.
Jangan terlalu ‘busy body’ dengan cerita kehidupan sahabat
kita tanpa memikir kesannya kepada sahabat kita. 
10. Menghormati hak dan kehidupan peribadi sahabat.
Beri peluang sahabat bersendiri. Jikalau terlalu berdampingan,
mungkin menjemukan dan kita hanya
menyekat perhubungan dengan insan lain.
11. Jika salah seorang marah, beri peluang dia melepaskan amarah di hati.
Jangan dibalas, berdiam dan tunggu hingga dia reda dan sejuk.
Pasti hubungan akan kembali seperti biasa.
Manusia harus menerima hakikat setiap
orang ada lautan hati yang pasang surut.
12. Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri.
Jikalau dia mengomel, dengar dan angguk.
Itu lebih baik daripada membuat komen. Ia boleh memburukkan keadaan.
13. Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain
dan membanggakan diri dengan mengadakan cerita.
Contohnya : kekayaan, kecantikan dan sebagainya.
Bangga diri tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya
bersyukur dengan apa yang dikurnia oleh Allah S.W.T.
14. Jagalah hati sahabat sebagaimana kita mahu sahabat kita menjaga hati kita. Kalau kita pandai menjaga hati orang lain, begitulah sebaliknya
orang lain akan lakukan kepada kita dan begitulah sebaliknya.
Cuba periksa diri kita,
adakah hari ini kita merupakan sahabat yang baik untuk sahabat kita.
Atau hari ini kita dapati sahabat kita makin menjauhkan diri dari kita?
Tepuk dada tanya selera...........

Rasulullah S.A.W bersabda :-
“Sesungguhnya hati manusia akan berkarat
sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air.”
Apabila seorang bertanya :-
“Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?”

Rasulullah S.A.W bersabda :-
“Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.”




No comments:

Post a Comment